Friday, May 12, 2006

 
Aku nak citer skit pasal beberapa skim piramid , sumbang ikhlas, derma ikhlas, dan sebagainya. Konsepnya mudah walau apapun nama yang diberi. yang masuk dahulu akan kaya dan last member akan rugi dan webmaster tutup cabit lari . Masih ramai yang ikut program ni. Semuanya dengan niat yang sama iaitu nak cepat kaya kononnya nak jadi jutawan segera . Kalau program ni sah dan berkesan dah lama orang ramai ikut.
Buat lah bisnes internet yang terbukti kebersananya. NASIHAT AKU JANGAN MASUK DAN SOKONG PROGRAM CM NI!!!!!!

Sunday, May 07, 2006

 
Asas Melabur

Menjadi kaya bukan bererti berapa banyak pendapatan bulana anda. Tetapi, sebenarnya, bererti berapa banyak anda boleh menyimpan dan melabur pendapatan anda tersebut. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 sebulan jikalau berbelanja RM9,500 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan tetapi mempunyai tabiat berbelanja RM1,500 sebulan dan melaburkan bakinya. Betul tak?

Berikut adalah 3 cara bagai mana anda dapat pastikan menambahkan pelaburan bulanan anda:

1: Apabila mendapat gaji, simpankan 10% daripadanya ke dalam akaun simpanan anda yang bersasingan atau laburkan wang tersebut di ASB. Wang 10% ini adalah untuk simpanan masa hadapan dan jangan disentuh. Gunakan baki 90% dari pada gaji anda untuk perbelanjaan bulanan seperti bayaran bil, kad kredit, makan minum, hiburan dan lain lain. Cara ini memastikan anda dapat menyimpan dan melaburkan sebahagian dari gaji anda setiap bulan. Konsep ini di gelar "pay your self first"

2: Mulakan pelaburan anda sekarang! Walaupun anda memulakan pelaburan anda dengan menetapkan RM100 sebulan dan anda mulakan pelaburan anda sekarang, berbanding dengan rakan anda menunggu 5 tahun dari sekarang dan menetapkan simpanan RM200 sebulan, dalam masa 15 tahun dari sekarang, walaupun anda tidak menambah pelaburan RM100 sebulan, pasti jumlah baki pelaburan anda adalah lebih dari rakan anda! Konsep ini digelar "compound interest"

3: Amalkan sikap melabur. Bagi bumiputera, ASB patut dijadikan pilihan pertama oleh kerana ia mudah dan terjamin. Dengan menetapkan satu jumlah tertentu untuk dilaburkan pada setiap bulan (sebagai contoh, RM100 setiap bulan selama setahun), berbanding dengan melaburkan satu jumlah besar pada bulan-bulan yang tertentu dan tidak melabur pada sesetengah bulan (sebagai contoh, melabur RM200 pada bulan March, RM300 pada bulan Julai dan RM500 pada bulan November) anda dapat meraih keuntungan dividen yang lebih secara keseluruhan. Konsep ini digelar "dollar cost averaging"

Moga dengan 3 tips pelaburan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam dunia pelaburan :)

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi


--------------------------------------------------------------------------------

Irfan Khairi adalah penulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com

Kembali ke IrfanKhairi.com >>>



*Jika anda mempunyai laman web dan ingin menggunakan artikel ini, anda dibenarkan membuat demikian. Dengan syarat, artikel ini tidak diubah dan disertakan sama kredit Irfan Khairi dan link ke rahsiainternet.com dan irfankhairi.com seperti di atas. Anda juga dibenarkan forward artikel ini dengan syarat yang sama.

 
Petikan dari irfankhiri.com

Tidak lama dulu saya ditemuramah untuk Malaysia Hari Ini, TV3 bersama Abang Nizal & Kak Abby mengenai kejayaan saya sebagai pakar perniagaaan Internet (lihat gambar sebelah). Satu soalan yang agak menarik dari Kak Abby adalah "Apa fikiran Irfan mengenai orang kata semua kejayaan Irfan ini hanyalah nasib Irfan yang baik?"

Sebenarnya sudah sering saya mendengar komen seperti itu. Kejayaan sering di kaitkan dengan nasib badan... ataupun "luck". Lebih-lebih lagi nasib yang baik sering dikaitkan apabila terdapatnya kejayaan yang diluar jangkaan.

Adakah nasib memainkan peranan yang penting dalam kejayaan?

Kejayaan seseorang itu bukanlah disebabkan nasib yang baik. Robert T Kiyosaki, pakar motivasi bidang kewangan berkata "LUCK" terjadi apabila: "The harder I work, the luckier I'll be"

Mungkin ada ketikanya nasib bermain peranan dalam kejayaan seseorang- terutama jikalau mendapat durian runtuh seperti menang loteri? Itu boleh dikatakan nasib. Malah, ianya nasib yang terlalu baik oleh kerana nisbah kebarangkalian memenangi hadiah utama dalam loteri adalah terlalu tinggi. Dalam erti kata yang lain, anda lebih mudah menghadapi disambar petir dari pada memenangi loteri.

Kisah mendapat durian runtuh atau "nasib" sehinggakan berjaya dan menjadi kaya memang tidak dinafikan ada terjadi. Kisah sebegini sering di hebah-hebahkan. Namun begitu, kisah tersebut amat jarang sekali terjadi (sebab itu ianya dihebah-hebahkan dan sering menjadi bahan cerita dikalangan rakan-rakan!). Pada hakikatnya, sebilangan yang amat besar mereka yang berjaya dan menjadi kaya tidak melibatkan nasib "durian runtuh".

Bayangkan sebuah kereta mewah import. Mercedes, BMW atau Volvo. Pemanduan kereta-kereta mewah ini amat lancar. Dalaman kereta mewah ini amat cantik. Tempat duduk di dalam kereta mewah ini amat selesa rasanya. Pecutan kereta mewah ini juga amat sedap di pandu. Dalam kata lain, memang secara keseluruhan, kereta mewah amat... mewah bila di bawa!

Sekarang, tanya kepada diri anda sendiri. Adakah nasib atau "luck" yang menyebabkan kereta mewah tersebut sebegitu rasanya? Adakah pemanduan yang lancar disebabkan nasib? Adakah dalaman yang cantik disebabkan nasib? Atau adakah interior yang selesa disebabkan nasib?

Tentunya bukan. Ianya bukan nasib kereta mewah sebegitu rupa. Ia adalah hasil dari bertahun-tahun kajian dan penyelidikan tentang enjin. Bertahun-tahun kajian dan penyelidikan tentang reka bentuk. Bertahun-tahun hasil kajian tentang workmanship yang halus dan seni membina yang terperinci. Sebuah kereta mewah adalah mewah oleh kerana usaha yang ditaburkan secara keseluruhan untuk menghasilkan kereta tersebut.

Begitu juga dengan manusia. Seseorang yang berjaya dengan cemerlang adalah dari hasil usaha bertahun-tahun mendalami ilmu bidang tertentu. Seseorang yang berjaya dalam bidang kerjaya undang-undang telah bertahun-tahun melaburkan masa untuk mendalami ilmu undang-undang. Bertahun-tahun juga pengalaman di lalui untuk memahami bidang tersebut. Sama juga bagi seorang doktor yang berjaya, memakan masa tidak kurang 5 tahun untuk mendalami ilmu kedoktoran. Pengalaman bertahun-tahun mengendalikan pesakit juga membantu dalam mencapai kecemerlangan. Hinggakan seorang penghibur yang berjaya juga, perlu mendalami ilmu dan seni mereka bertahun-tahun lamanya. Mereka perlu berlatih berjam-jam setiap hari dan mendalami ilmu mereka untuk mencapai kegemilangan.

Cipta Nasib Sendiri

Kejayaan tidak seharusnya bersandar kepada nasib. Fikiran kita tidak seharusnya kaitkan "kejayaan" dengan "nasib" oleh kerana ianya akan mengurangkan motivasi untuk diri kita sendiri.

Sekiranya kita menanggap kejayaan adalah nasib, maka, usaha kita untuk berjaya sudah hampir terbengkalai. Oleh kerana, kita akan sentiasa menunggu "nasib" untuk menyebelahi kita. Kita akan sering menunggu lucky break untuk terjadi kepada kita. Dan kita akan sering menunggu pintu peluang dibukakkan untuk kita. Konsep pemikiran menunggu nasib bukanlah cara yang baik untuk mencapai kejayaan oleh kerana "nasib" tidak datang kepada seseorang tanpa usaha yang setimpal.

Hukum alam mengatakan bahawa, segala usaha yang anda curahkan, anda akan dapat pulangannya yang setimpal. Sekira usaha anda adalah berlipat kali ganda rakan-rakan anda, makan, anda akan mendapat pulangan yang berlibat kali ganda berbanding dengan rakan-rakan anda. Ianya tidak terjadi situasi dimana anda memberikan usaha yang sedikit, tetapi, mengharapkan pulangan berlipat kali ganda. Namun situasi ini sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Ini selalu mengakibatkan orang ramai terjerat dalam skim-skim menipu wang seperti skim piramid, sistem ponzi, scam di Internet, skim cepat kaya dan sebagainya. Skim-skim ini bertujuan menjerat mereka yang berfikiran "buat kerja sikit, dapat pulangan lumayan!"

Apa yang anda perlu buat adalah untuk anda "ciptakan" nasib anda sendiri - buka sendiri pintu peluang oleh kerana anda sendiri yang akan menentukan nasib anda. Sekiranya anda inginkan kejayaan dan kekayaan, maka anda perlu membentuk diri anda seperti sebuah kereta mewah. Dalami ilmu dalam bidang anda. Curahkan bertahun-tahun berusaha mendapatkan pengalaman. Dan usaha sekeras yang mungkin untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Jangan sesekali putus asa oleh kerana kejayaan sering terjadi disebalik kegagalan.

Kemudian, apabila anda berjaya di menara gading, ketika itu, anda akan dapati segelintir mereka di keliling anda akan sebut "Ahh… nasib je dia berjaya… nasib badan!" :)


--------------------------------------------------------------------------------

Irfan Khairi adalah penulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com

Kembali ke IrfanKhairi.com >>>



*Jika anda mempunyai laman web dan ingin menggunakan artikel ini, anda dibenarkan membuat demikian. Dengan syarat, artikel ini tidak diubah dan disertakan sama kredit Irfan Khairi dan link ke rahsiainternet.com dan irfankhairi.com seperti di atas. Anda juga dibenarkan forward artikel ini dengan syarat yang sama.

 

By Irfan Khari

Posted by Irfan Khairi under Tip Kejayaan
Kunci kekayaan pertama adalah keinginan menjadi kaya. Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan. Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebut. Lebih hebat enjin tersebut, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut.

Apa jua pencapaian anda adalah bergantung kepada kehebatan keinginan anda. Sekiranya anda mempunyai satu atau dua sebab untuk mencapai keinginan tersebut, maka, keinginan tersebut tidak begitu besar. Tetapi, sekiranya anda mempunyai seratus sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya, maka, keinginan itu akan bertindak sebagai satu api yang membakar semangat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda!

Sekarang, ambil sekeping kertas dan tuliskan 100 perkara yang anda boleh perolehi sekiranya anda mempunyai wang yang tidak terhad.

 
Posted by Irfan Khairi under Tip Kejayaan
1 Comment
Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa.

Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, “Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

 

Hosting Server

Ni aku ade citer skit. Masa tu aku beria-ria lah nak ade web sendiri , aku pun beli nama domain(aku tak de pengalaman pasal pilih nama domain ni)aku pun pilih windows hosting server harga nama domain RM 35 dan sewa setahun ialah RM 100 150MB 7.5GB bandwidth sebulan . Pastu aku mula cuba macam-macam aplikasi php kat web aku tu . Tapi satu ari aku test satu software ni tak jadi plak, aku pun peliklah apsal jadi cam ni. Siasat punya siasat aku dapat tahu bahawa php software lebih sesuai dengan Linux Hosting Server . Menyesal nye aku sebab aku tak leh nak buat program affiliate kat web aku dan sebagainya. Jadi kesimpulannya kalau korang nak web yang banyak guna programing php ni better guna linux hosting serverlah (pada aku).

 

Produk Untuk Dijual Di Internet

=====================================
Soalan memulakan perniagaan Internet:
=====================================

Soalan:

Apakah produk terbaik untuk dijual di Internet?

Jawapan:

Tidak semua produk adalah sesuai untuk di jual melalui Internet.
Berikut adalah ciri-ciri produk terbaik untuk dijual di Internet
dalam mencapai keuntungan yang maksimum.

1. Produk yang ringan untuk penghantaran atau produk digital yang
boleh download

2: Produk yang tahan lama serta produk yang tidak mudah pecah

3: Produk yang tidak perlu di lihat (dengan teliti) atau
dipegang/dicuba sebelum membuat belian.

4: Produk yang sedia mempunyai permintaan

5: Produk yang tidak banyak pesaing di Internet

Salah satu isu yang sering difikirkan adalah risau kepada pesaing
apabila memulakan perniagaan di Internet- tidak kira pesaing yang
sedia ada, ataupun pesaing baru yang meniru idea perniagaan anda.
Terdapat cara untuk menghadapi masalah ini dan dengan teknik dan
strategi yang betul, perniagaan anda dapat mencapai daya saingan
yang hebat berbanding dengan pesaing anda. Strategi tersebut akan
dibincangkan di Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi.



Workshop Jutawan Internet seterusnya...

Tajuk: Cara Memulakan Perniagaan Internet Yang Menguntungkan Dalam
Masa 7 Hari dari Rumah!
Tarikh: 13hb May 2006
Tempat: J.W. Marriott Kuala Lumpur
Waktu: 8.45am - 6.30pm

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke
http://www.rahsiainternet.com/workshop

Tempat adalah terhad, cuma 7 tempat tinggal!

Jumpa di sana!

Krew Rahsia Internet
Irfan Khairi Sdn. Bhd.

 
Ni E-mail dari rahsiainternet.com

====================================================
NewsLetter RahsiaInternet.com Mac 2006 Edisi 03
====================================================

Edisi Pembangunan Diri
Tip Satu Minit.com - Tip setiap hari untuk anda!

====================================================
http://www.rahsiainternet.com
====================================================

Pesanan dari laptop Irfan Khairi:


Salam hormat Muhd Mu''az,

Mula-mula sekali ingin saya mengucapkan ribuat terima kasih kepada
anda atas sokongan yang diberikan kepada saya sejak satu tahun yang
lalu.

Sebagai balasan, kini, saya ingin memberi satu berita baik untuk
anda.

Atas sokongan yang diberikan, saya ingin membantu anda dalam
mencapai kejayaan dalam perniagaan (tidak kira perniagaan Internet
atau bukan Internet) secara percuma... SETIAP HARI!

Minggu lepas, saya di anugerahkan pencapaian "Young Achievers
Innovation Award" oleh satu badan profesional di United Kingdom,
Oxford Association of Management, dan diberi anugerah Honorary
Certified Doctorate in Business Administration. Tetapi, apa
gunanya sebarang anugerah sekiranya saya tidak memberi balik kepada
anda yang memberi sokongan?

Oleh itu, saya akan memberi kepada anda tips untuk berjaya dalam
apa jua perniagaan (tidak semestinya perniagaan Internet!),
kehidupan dan kewangan- setiap hari!

Setiap hari, saya akan menulis Tip-Satu-Minit untuk anda tatapi dan
gunakan untuk faedah anda. Tips-tips tersebut adalah percuma,
namun, saya harap faedah yang diterima dari tip-tip tersebut akan
memberi pulangan berkali-kali ganda kepada anda. Saya akan
meluangkan masa setiap hari untuk menulis, saya harap anda juga
akan meluangkan 1 minit sehari untuk membacanya :) Boleh?

Apakah Tip-Satu-Minit?

"Tip Satu Minit adalah tip harian pendek, padat dan berinformasi.
Khas untuk anda yang inginkan maklumat cepat dan tepat untuk
menjayakan perniagaan, kehidupan dan kewangan anda. Luangkan 1
daripada 1,440 minit sehari anda di sini- jangan ketinggalan oleh
kerana ia mungkin dapat mengubahkan hidup anda!"

Tip satu hari yang diberikan adalah terbukti berkesan, dan
digunakan oleh mereka yang berjaya sedunia. Jangan tidak percaya,
tip-tip tersebut digunakan oleh saya sendiri! :)

Muhd Mu''az, mulai hari ini, pastikan anda tidak terlepas mengikuti
tip-tip daripada saya. Tip yang diberikan adalah paling berkesan
bagi mereka yang memiliki apa jua perniagaan (kecil-kecilan)
ataupun dalam perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari
nanti.

Singgah sebentar setiap hari ke Tip Satu Minit: Irfan Khairi di
http://tip.irfankhairi.com

Lawati laman di atas hari ini, esok, lusa, tulat... tonggeng...
lagi apa ya? :)

Oh ya, anda juga boleh berinteraksi di sana bersama pembaca-pembaca
lain!

Terima kasih & salam cemerlang,

~Irfan Khairi ;)
RahsiaIntenet.com
Penulis Buku "Rahsia Jutawan Internet Terbongkar"

Saturday, May 06, 2006

 
Baru-baru ni aku beli satu php script untuk biz aku. Tapi masalahnye aku tak reti nak edit script tu. Diorang bagi script tu bersama berpuluh script yang lain untuk buat randomizer, mlm, dan sewaktu dengan nya. Aku ingat aku nak mintak tolong kat mdpai lah untuk edit kan script tu . Kalau korang nak leh email kat aku.

 
He he ni first time aku ade blog sendiri(sebelum ni ade ntah aku tak ingat). Aku pun tak tahu nak tulis ape cuma aku ingin berkongsi pengalaman sebagai newbis e-commerce ni. Ntah camna aku leh sangkut dalam ebiz ni cuma aku tengok market ebiz ni luas dan marketing plan ebiz ni berbeza dengan perniagaan lain. Aku harap senior senior cam saifulsham.com , smartusaha.com, myusahawan.com, shuth (Suhaimy) leh beri aku tunjuk ajar . Yelah diorang ni dah lama dalam ebiz ni berbanding aku. Aku nak tido dulu . Bye

This page is powered by Blogger. Isn't yours?